Cari AirTag atau item lain dalam Cari Item
Anda boleh menggunakan app Cari Item pada Apple Watch anda untuk mencari AirTag atau item pihak ketiga yang hilang yang anda telah daftar ke Akaun Apple anda.
Lihat Panduan Penggguna iPhone untuk mengetahui cara menyediakan AirTag pada iPhone anda dan menambah atau mengemas kini item pihak ketiga dalam Cari pada iPhone.
Nota: Cari Item tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Lihat lokasi item
Pergi ke app Cari Item pada Apple Watch anda, kemudian ketik item yang anda mahu cari.
Jika item boleh dicari: Peranti kelihatan pada peta jadi anda boleh melihat lokasi peranti. Jarak anggaran peranti, masa terakhir peranti disambungkan ke Wi-Fi atau selular dan paras cas kelihatan di atas peta. Lokasi anggaran kelihatan di bawah peta.
Jika item tidak boleh dicari: Anda melihat tempat dan masa terakhir item ditemui. Di bawah Pemberitahuan, ketik Maklumkan Apabila Ditemui, kemudian aktifkan Maklumkan Apabila Ditemui. Anda akan menerima pemberitahuan apabila ia ditemui lagi.
Mainkan bunyi
Jika item berhampiran, anda boleh memainkan bunyi padanya untuk membantu anda mencarinya.
Nota: Jika anda tidak boleh memainkan bunyi pada item, anda tidak akan melihat butang Mainkan Bunyi.
Pergi ke app Cari Item pada Apple Watch anda, kemudian ketik item yang anda mahu mainkan bunyi.
Ketik Mainkan Bunyi.
Untuk berhenti memainkan bunyi sebelum bunyi berhenti secara automatik, ketik Henti Bunyi.
Dapatkan arah ke item
Anda boleh mendapatkan arah ke lokasi semasa atau terakhir item yang diketahui dalam app Peta pada Apple Watch anda.
Pergi ke app Cari Item pada Apple Watch anda, kemudian ketik item yang anda mahu dapatkan arah.
Ketik Arah untuk membuka Peta.
Ketik laluan untuk mendapatkan arah dari lokasi anda ke lokasi semasa item.
Terima pemberitahuan apabila anda tertinggal item
Untuk membantu anda mengelakkan anda salah letak item, anda boleh menerima pemberitahuan apabila anda tertinggal item anda. Anda juga boleh menetapkan Lokasi Dipercayai—lokasi yang anda boleh tinggalkan item anda tanpa menerima pemberitahuan.
Pergi ke app Cari Item pada Apple Watch anda.
Ketik item dengan yang anda mahu sediakan pemberitahuan.
Ketik Maklumkan Apabila Tertinggal, kemudian aktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal.
Anda juga boleh pergi ke app Cari pada iPhone anda, ketik Item, ketik item yang anda mahu sediakan pemberitahuan, kemudian ketik Maklumkan Apabila Tertinggal. Aktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda mahu menambah Lokasi Dipercayai, anda boleh memilih lokasi dicadangkan, atau ketik Lokasi Baharu, pilih lokasi pada peta, kemudian ketik Selesai.