Gunakan lokasi anda dalam Cuaca pada Mac
Cuaca menggunakan lokasi semasa anda untuk menunjukkan anda ramalan dan keadaan cuaca di kawasan anda.
Benarkan Cuaca menggunakan lokasi semasa anda
Kali pertama anda membuka app Cuaca pada Mac anda, anda diminta untuk membenarkan Perkhidmatan Lokasi menunjukkan lokasi semasa anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Perkhidmatan Lokasi di sebelah kanan, aktifkan Perkhidmatan Lokasi (jika ia belum didayakan), kemudian aktifkan Cuaca.
Lihat ramalan lokasi semasa anda
Apabila anda membuka app Cuaca pada Mac anda, butiran lokasi semasa anda ditunjukkan.
Jika anda tidak melihatnya, klik dalam bar alat, kemudian klik Lokasi Saya.
Hentikan Cuaca daripada menggunakan lokasi semasa anda
Anda boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Cuaca sahaja atau untuk semua app pada Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Perkhidmatan Lokasi di sebelah kanan, kemudian nyahaktifkan Cuaca.
Untuk berhenti menggunakan Perkhidmatan Lokasi untuk semua app, nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi.
Nota: Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk app, anda akan diminta untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app tersebut cuba menggunakan data lokasi anda.