Lihat status cuaca dalam bar menu pada Mac
Dalam macOS 15.2 atau lebih baharu, anda boleh menambahkan status cuaca ke bar menu untuk melihat keadaan cuaca di lokasi anda sekilas pandangan dengan cepat dan untuk mengakses app Cuaca dengan mudah.
Tunjukkan atau sembunyikan cuaca dalam bar menu
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Bar Menu Sahaja, klik menu timbul bersebelahan Cuaca, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tunjukkan menu status Cuaca: Pilih Tunjukkan dalam Bar Menu.
Sembunyikan menu status Cuaca: Pilih Jangan Tunjukkan dalam Bar Menu.
Tukar lokasi yang dipaparkan oleh status cuaca
Suhu dan cuaca yang ditunjukkan dalam bar menu sepadan dengan penyenaraian teratas dalam senarai lokasi dalam app Cuaca.
Klik pada status cuaca dalam bar menu pada Mac anda.
Pilih Buka Cuaca, kemudian klik dan seret lokasi ke bahagian atas senarai.
Jika anda tidak melihat lokasi disenaraikan, anda boleh menambahnya. Lihat Lihat cuaca di lokasi berbeza.
Untuk memilih item lain yang ditunjukkan dalam bar menu, lihat Tukar seting Pusat Kawalan.