Urus pemberitahuan daripada Cuaca pada Mac
Anda boleh menerima pemberitahuan tentang isyarat cuaca buruk dikeluarkan kerajaan atau apabila kerpasan akan bermula atau berhenti di lokasi.
Nota: Isyarat cuaca buruk tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan Cuaca
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Pemberitahuan Aplikasi di sebelah kanan, klik Cuaca, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan “Benarkan Pemberitahuan”.
Nota: Untuk memaparkan pemberitahuan daripada Cuaca apabila Fokus aktif, lihat Sediakan Fokus.
Urus pemberitahuan mengikut lokasi
Selepas anda mengaktifkan pemberitahuan Cuaca, anda boleh memilih untuk menerima isyarat cuaca buruk dan pemberitahuan kerpasan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk setiap lokasi anda.
Pergi ke app Cuaca pada Mac anda.
Pilih Cuaca > Seting, kemudian klik anak tetingkap Pemberitahuan.
Untuk setiap lokasi, pilih atau nyahpilih mana-mana daripada kotak semak berikut:
Cuaca Buruk: Terima pemberitahuan tentang isyarat cuaca buruk dikeluarkan kerajaan.
Kerpasan Jam Seterusnya: Terima pemberitahuan apabila kerpasan, seperti hujan atau salji, akan bermula atau berhenti.
Nota: Pilihan tersedia bergantung kepada sama ada pemberitahuan tersedia untuk negara atau rantau terpilih.
Tukar pilihan pemberitahuan Cuaca
Anda boleh menukar gaya pemberitahuan Cuaca, membenarkan isyarat sensitif masa, memainkan bunyi apabila anda menerima pemberitahuan dan banyak lagi.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Pemberitahuan Aplikasi di sebelah kanan, klik Cuaca, kemudian setkan pilihan pemberitahuan keutamaan anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan isyarat dan pemberitahuan, klik di penjuru kanan bawah tetingkap seting.